Thursday, 14 April 2011

Peluang Pekerjaan bagi Pelajar Lepasan PTPL Sesi 2010 - 15/03/11

Salam.
Merujuk kepada perkara di atas, bersama ini saya sertakan surat permohonan untuk mendapatkan senarai nama graduan untuk di temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat saya di bahagian : 
 
1) Creative (Graphic Designer)
Antara ciri kelayakan :
    - minimum Diploma/Ijazah dalam bidang Graphic Designer (atau yang berkaitan)
    - berkemahiran dalam perisian grafik (Adobe Photoshop, Illustrator, QuarkExpress, InDesign dll)
    - mempunyai pemikiran yang kreatif
    - mampu bekerja dalam tekanan dan menepati 'deadline'
 
2) Sales & Marketing (Eksekutif Pemasaran)
Antara ciri kelayakan :
    - minimum Diploma/Ijazah dalam bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan (atau yang berkaitan)
    - bijak serta berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
    - komited, amanah, dedikasi dan rajin berusaha
    - berpersonaliti menarik
    - gaji asas dan komisyen yang menarik
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik serta kerjasama pihak Puan untuk mendapatkan senarai nama pelajar-pelajar untuk di hubungi dan seterusnya dapat mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami pada masa ini. Sekian.
 
Nota : Dapat sekiranya pihak Puan menyebarkan kekosongan jawatan di syarikat saya di cawangan-cawangan lain PTPL seperti di Sentral @ KL dan juga Ampang.
 
Tuan Hj Zamanuddin bin Hj Abd. Rahman
Pengurus
 
Pegawai untuk dihubungi : Cik Noorfaeza
03 5513 2250 (T) 03 5513 2251 (F)

No comments:

Post a Comment